Isnin, 7 September 2015

4 ELEMEN PENTING DALAM RAWATAN (GANGGUAN JINSYAITAN)


Assalamu'alaikum wrh wbt..
kepada rakan-rakan yang mengalami gangguan jin yg belum juga menemui kesembuhn setelah sekian lama berubat.. sehigga membawa kepada kesakitan dan kesedihan, jangan pernah berputus-asa berikhtiar dgn rawatan yg syarak dan banyakkan bersabar dan doa (solat). Sesungguhnya dunia ini medan ujian utk kita mengaut sebanyak mana pahala andai kita sabar dan redha. Kesembuhan itu milik ALLAH..Maka dekatkanlah diri padaNYA..
4 Elemen penting dalam rawatan yang perlu seimbang.
1. Meningkatkan Kekuatan Ruhi 
Pesakit perlu berusaha setiap hari meningkatkan kekuatan rohaninya  melalui cara: Meningkatkan ketaatn kpd ALLAH, jaga ibadah hati dan ibadah zahir, ikhlas dan khusuk. Mengamalkan wirid harian, membaca Al-Qur'an dgn tadabbur, zikir dan mengamalkan rukyah/jampi dari ayat Al-Qur'an ataupun apa2 ayat yg diamalkan oleh pengamal rawatan Islam. Perlu juga dengan konsisten mendapatkan rawatan dari mereka. Pastikan setiap hari anda membaca Al-Qur'an walaupun sedikit dan sentiasa mendengar bacaan Al-Qur'an baik dirumah, dalam kereta dan di pejabat.
2. Menjaga Kesejahteraan emosi.
Pesakit gangguan berhadapan dengan syaitan dalam dirinya. Jika emosi dia terganggu.. maka syaitan akan mudah membisikkan kejahatan dalam dirinya. ia bagaikan jadi pemangkin kepada syaitan utk menjadi aktif sebab sebab ada ruang utk dia menyucuk2 jarumnya. menganggu emosi pesakit, hubungan dengan orang sekitar agak tegang dan dingin. Dalam keadaan ini,pesakit ini perlu dibantu dengan berikan suasana gembira dan ceria.. beri sokongan emosi. Orang sekitar baik keluarga dan rakan berperanan penting dalam kesembuhannya. elakkan pergaduhan, perselisihan pendapat, tindakan2 negatif yg boleh menganggu fikirannya. bantulah dia jangan diujudkan suasana yang tegang. Dia berperang 24 jam dengan syaitan, melawan syaitan, jika anda selaku rakan/keluarga juga turut menganggu emosinya dengan menunjukkan sikap yg dingin dan negatif anda sebenarnya secara tidak lansung membantu syaitan untuk merosakkannya.. Sokongan emosi dengan menunjukkan kasih-sayang dan empathy padanya menjadi salah satu faktor penyembuh utama padanya. Bila emosi terganggu.. hubungan dengan ALLAH menjadi lemah, ibadah dan amalan harian makin berkurang menyebabkan kekuatan ruhi akan berkurang. akhirnya mudahlah syaitan menguasai kita.
3. Meningkatkan Kekuatan Akal
Meningkatkan kekuatan akal dengan menuntut ilmu melalui  pembacaan buku2 yang bermanfaat untuk pembangunan jiwa dan minda, peningkatan imaniman dan pribadi. Buku2 yang boleh meningkatkan iman dan boleh mendekatkan diri kepada ALLAH. Elakkan membaca novel atau majalah2 yang tidak membantu dalam peningkatan iman anda. sebab bahan2 ini boleh menyebabkan anda lalai dan memudahkan syaitan untuk menguasai anda. Isi masa lapang dengan membaca atau apa2 aktiviti yang bermanfaat. ini agar anda tidak keseorangan, bersunyian.. saat itu syaitan akan mudah membisikkan fikiran yang negatif. Elakkan juga banyak tidur jika ada masa lapang. sebab tidur banyak ini menjadi vitamin pada syaitan untuk dia mengumpul kekuatan utk melemahkan mangsanya. Itu yang kadang2 bila bangun rasa nak marah dan terasa badan jadi lesu bila banyak tidur. Isi masa lapang ini dengan menuntut ilmu.
4. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan fizikal.
Sentiasa menjaga makanan yg diambil biar seimbang utk kesihatan tubuh, melakukan aktiviti fizikal - riadah secara konsisten.. Yang ni saya tak pernah buat tetapi saya pernah dinasihatkan oleh seorang perawat dari indonesia agar selalu beriadah. Dengan beriadah ni sebenarnya dia akan memberi kegembiraan dan keceriaan pada jiwa disamping boleh menigkatkan stamina. Keadaan aktif ni syaitan sangat benci. dia suka pasif. dia suka kita tidur dan bermalas-malasan dan menyendiri.
INSYA ALLAH BILA 4 ELEMEN INI DIGABUNGJALINKAN DAN DIJAGA BERSUNGGUH2.. JALAN KESEMBUHAN SEMAKIN DEKAT SEBAB, JALAN2 UTK BERI KEKUATAN PADA SYAITAN TELAH DITUTUP. WALAUBAGAIMANAPUN KITA KENA INGAT SYAITAN NI TELAH BERJANJI TIDAK AKAN PERNAH BERPUTUS ASA MENGANGGU ANAK ADAM.
PERJUANGAN INI BERTERUSAN.. SEMOGA INI DIKIRA SEBAGAI JIHAD KITA. JIHAD MELAWAN SYAITAN. KPD KELUARGA DAN RAKAN YG SELALU MEMBERI SOKONGAN SEMOGA USAHA ANDA JUGA DI NILAI SEBAGAI JIHAD MELAWAN SYAITAN.
WALLAHU'ALAM