Ahad, 23 Mac 2014




JIN TURUT BERSPEKULASI DENGAN KEHILANGAN MH370

Rawatan selasa pagi, 11-3-2014,

Selepas sesi rawatan... tiba-tiba jin bercakap,
"Ustaz! Kapal itu sudah masuk alam jin, 
kapal itu sudah masuk alam jin!
kapal itu sudah masuk alam jin!
MH73.. eh MH370, sudah masuk alam jin. Ribu-ribu jin sudah ambil dia.

Ustaz hanya tersenyum dan tidak memberi respond terhadap kenyataannya itu.
Wallahu'am..

Hihihi.. jin pun turut berspekulasi dengan kehilangan MH370..
Hanya ALLAH yang lebih mengetahui. Semuanya atas izin dan kehendak ALLAH. Kita serahkan takdir pesawat itu kpd ALLAH dan jangan putus doa agar ALLAH tunjukkan kebenaran. Sekarang ni bermacam2 spekulasi yang dibuat, yang kita tidak tahu kesahihan beritanya. Semoga mereka selamat.

Jumaat, 7 Februari 2014

Mencari Semangat untuk Pemula


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..
Ku mulakan dengan kalimah yang mulia segala pujian hanya untuk ALLAH.. 


MENULIS BLOG: BARU NAK START ENJIN...

Apa yang nak tulis ya.. Dah lama tak update blog. Mungkin blog ini akan jadi tempat untuk share pengalaman dan rasa hati, belajar untuk menulis akan pengalaman hidup dan cuba menulis sikit-sikit manalah tau boleh jadi penulis besar.. hehehe. Sesuatu yang besar bermula dangan angan-angan kecil kan. Start enjin utk menulis.. mula-mula mungkin susunan ayat, isi, idea tak teratur, typing error, kesalahan tatabahasa. Takpa yang penting menulis. Luahkan sahaja apa yang ada terlintas dihati dan apa yang ada diminda.

Saya nak share satu cerita yang pelik sikit yang orang tak pernah dengar. Kisah ini berkisar dialog2 semasa rawatan bersama2 Ustaz-ustaz perawat. Berkisar alam jin, iblis , sihir dan dendam.

Saya ni memang boleh dikatakan 'pesakit tegar' yg berubat di Darussyifa Bangi. Dh lebih kurang 7 tahun berubat, Alhamdulillah dh sihat dah tak ada masalah tekanan jiwa dan mental alias gangguan syaitan, cuma yg masih ada makhluk tu masih duduk dalam jasad utk menganggu ketaatan kepada ALLAH. Itukan dah ALLAH bagitau  dalam kitab Al-Qur'an, syaitan ni takkan putus asa nak ganggu dan hancurkan anak Adam dan nak bawa masuk seberapa ramai yang boleh masuk neraka bersama-sama dia. Makhluk sombong yang dengki turun-temurun, iblis laknatullah dan kerutunanannya.

Setiap selasa pagi jumpa Tn. Guru Us. Haron Din. Cuma semenjek beberapa bulan ni dah jarang jumpa dia, bagilah pulak orang lain jumpa dia, ini asyik kite je setiap pagi selasa jumpa dia.  Bagilah peluang orang lain pulak. Tapi makin lama ni dh rasa semakin malas dan semangat makin berkurang. Dulu gear 1-4, skrg ni gear 1 asyik mati.. Bila jarang jumpa untuk berubat dan buat rawatan diri, terasa makin jauh dari ALLAH, jauh dari ketaatan, makin lalai..

"Ya ALLAH..bantulah hambamu tang lemah ini, tetapkanlah hati hamba dalam iman dan ketaatan pada MU. Janganlah ENGKAU bolak-balikkan hati hamba kami dari kataatan. Janganlah jadikan hati kami ini ibarat bola yang mudah dibaling-balingkan oleh syaitanmenjadi permainan mereka. Berikanlah nur pada hati kami yang menyuluh kami untuk tetap istiqomah di atas jalan yang engkau redai.

POINT PENTING - Kesan kehadiran jin pada manusia
1. Mengganggu ketaatan kepada ALLAH - perlu bantu diri dgn tingkatkan amalan walaupun rasa berat utk buat. 
2. Perkara lalai dan dosa jadi vitamin dan tenaga kekuatan kepada syaitan dan jin2 yang menganggu dalam tubuh. Ini akan memudahkan -dia untuk menghancurkan kita dgn segera.
3. Amal soleh, ibadah dan keikhlasan dalam amalan - menjadi perisai dan senjata utama untuk melawan musuh ghaib yang tak nampak ni.
4. Semangat tidak tetap. Adakalanya bersemagat beribadah, adakalanya malas. Akan jadi malas bila nafsu menguasai dan makin lalai, contohnya suka pada hiburan, suka tengok tv cerita yang tiada faedah pada peningkatan iman, suka buang masa berfb samapai lalai baca Qur'an. DepFB berjam-jam boleh tahan. tapi baca Qur'an 2-3 helai dah panas punggung.

Sebenarnya ada banyak lagi point-point penting nak share. Insya ALLAH lain kalilah tulis pulak.. Cukuplah untuk permulaan menulis ni dimulakan dgn 1 page shj, esok lusa bolehlah ditambah-tambah lagi. insya ALLAH.. Mencari semangat untuk pemula.


Moga perkongsian ini ada manfaatnya..