Rabu, 23 Mac 2011

5 Ekor Jin Baru di Hantar


Rawatan pada 18 mac 2011, Khamis bersama Us. Mazlan di Darusyifa

Penat-penat jauh cari ubat
Petang ni saya datang Darussyifa pukul 5 petang. Housemate hantarkan tak boleh temankan dia ada urusan ke Kajang dengan adiknya.. Takpa, dah besar rahmat rasanya kalau ada yang boleh hantar. Kalau tak terpaksalah saya menapak dari rumah sewa ke Darussyifa, boleh tahanlah dalam 20 minit boleh sampai rumah. Nak buat macamanakan, ini yang kita terdaya. Alhamdulillah tempat berubat dekat boleh jalan kaki je. Orang lain berubat bukan main perit terpaksa cari Darussyifa berjam2 lamanya baru jumpa. Ada yang datang tu dari Johor, Kelantan, Kedah, Singapore pun ada.. Bukan main jauh nak cari ubat. Kadang-kadang terfikir nak cari ubat jauh2 ni nak kaluarkan jin, ubat tu ada dalam diri sendiri. Kalau jaga solat, banyak amal sunat, Qur'an baca, taat ALLAH, insyaALLAH benda ni takda kuasa mudharatkan manusia.

Cari peneman
Sambung cerita... Eh nak minta teman siapa ya nak jumpa Ustaz ni. Segan pulak sorang-sorang. Sebaiknya berteman. Perawat Darussyifa kalau merawat akan buka pintu terutama kalau pesakit itu datang sorang-sorang. Baru teringat Fauzan ada ikut suami dia, suami dia kerja Darussyifa. Kebetulan pula terlupa bawa handphone terpaksa minta tolong adik kat kaunter yang jual air, minta tolong tanyakan pada suaminya kalau si Fauzan tu ada.. ALHAMDULILLAH ada dia, maka diapun temanlah saya masuk bila dah sampai giliran.

Maka sesi rawatan bermula..
Ustaz: Makhluk tu ada lagi
Saya: Ada lagi dia.. Ustaz hari tu saya ada muntah dua kali, masa tu saya pergi LCCT tiba-tiba rasa mual saya baca banyak zikir. Terpaksa berhenti tengah jalan, bila saya tepuk belakang saya saya muntah. Kemudian balik rumah saya baca rukyah buat rawatan sendiri saya picit kepala, bila saya picit lubang telinga tiba-tiba saya muntah.. ustaz adakah keadaan ini menunjukkan jin tu ada..
Ustaz: Dia boleh keluar dari muntah
Saya: Ustaz selepas saya berubat dengan orang Aceh yang guna jin tu, saya rasa panas dari lutut ke kaki saya ni. Biasanya keadaan itu berlaku bila ada makhluk nak masuk badan saya. Bila saya tahu orang itu guna jin, maka saya tinggalkan dia. Saya kata ia bertentangan dengan ilmu saya yang saya belajar di Darusyifa dengan Tn. Guru Us. Haron Din. Saya tegur dia jangan merawat guna makhluk. Mungkin dia terhina dengan saya ustaz sebab saya tinggalkan dan tegur dia.

Lima ekor jin baru masuk
Maka Ustaz pun mulalah buat rawatan. Masa buat rawatan tu seperti biasa goyang-goyang kaki, ketar dan macam-macam bunyi. Ada suara asing yang lebih ganas. Saya rasa dia panggil nama orang itu tiga kali :Murtada. Lepas tu entah bahasa apa yg tak di fahami.
Jin: Ustaz orang itu dihantarnya lagi lima jin. Macamana itu..
Ustaz: Jantan ke betina
Jin: 2 jantan 3 betina, macamana ini, aku mau...
Ustaz: Jin kafir ke Islam
Jin: Mana ada jin Islam masuk badan orang. Jin kafirlah
Ustaz: Kamu?
Jin: Aku sudah masuk Islam. Diuduk dengan orang beriman aku pun jadi beriman. ALLAH pilih aku masuk Islam
Ustaz: Habis kamu masuk badan dia, kamu keluarlah
Jin: Aku sayang dia, aku mau jaga dia, habis macamana tu jin2 itu di hantar suruh bunuh ini budak
Ustaz: ALLAH ada, ALLAH jaga dia, ALLAH sayang dia. Kamu keluar dulu yang lain tu kita akan uruskan macamnana. Kamu duduk dalam dia tanpa kebenaran, pendatang haram, duduk tanpa izin.
Jin: Ya aku tak ada IC. (Ustaz tersenyum, jin pun senyum) ya aku tak ada IC..
Ustaz: Tak payah kacau dialah
Jin: Iih ndak sudah ku kacau
Ustaz: Awak dah lama sangat, kesian tengok dia, awak keluarlah. Kamu dah Islam tak boleh dah ganggu dia. Kesian dgn dia tau.
Jin: Ndak ada sudah gila-gila, ndak ada sudah kasih bodoh-bodoh, ndak ada sudah kasih ndak mau kerja. Cuma jangan kasih kahwin saja, itu saja. Sebab kalau kawin dengan orang soleh ndak sudah boleh duduk..

Ketua jin 150 ribu tahun keturunan China
Ustaz: Umurmu sekarang berapa
Jin: (dengan bangganya) 150 ribu tahun ketua jin Kalimantan keturunan China
Ustaz: Hari itu kamu cakap kamu dari China ini Kalimantan pula.
Jin: Keturunan China. Aku punya nenek moyang keterunan China dari benua China. Bila kami belayar-belayar tersesat di Kalimantan. Aku ingat.. eh .. nenek moyang kami ingat China rupa-rupanya Kalimantan. Aku ndak membohong.. Kami ada baiah 15 jin, 10 jin sudah mati. Lima jin masih hidup. Aku satu di sini, empat lagi di Sabah, di Pilipin, di Sumatera, di indonesia.
Ustaz: Jin apa itu
Jin: Jin empat lagi yang baiah sama dengan aku. Yang satu 200 ribu tahun. Tapi aku jadi ketuanya. Semua perempuan. Baiah yang 15 jin tu perempuan semuanya.
Ustaz: Lelaki tidak ada
Jin: Semua perempuan, yg itu kumpulan2 lain

--bersambung--

Ahad, 20 Mac 2011

Berkongsi Pengalaman Merawat Diri




Assalamu'alaikum...Pembuka Bicara

Kepada semua pembaca terutama kepada mangsa-mangsa gangguan jin, ingin saya kongsikan pengalaman saya berubat selama empat tahun bermula Jan 2007 hinggalah kini. Banyak yang kita dapat bahan dalam internet, perkongsian dalam blog dilakukan oleh para perawat, bagaimana mereka merawat, dialog antara jiin dan perawat. Dalam blog ini insyaALLAH saya akan kongsikan rawatan diri, usaha mencari ubat dan dialog2 dengan jin dalam perspektif dan pengalaman yang pesakit lalui sendiri. Moga perkongsian ini ada gunanya. Mulanya dengan jin ni takut juga dah lama-lama akhirnya biasa. Alah bisa tegal biasa..

Makhluk takda kuasa memudaratkan
Makhluk ni pun takda kuasa nak mudaratkan kita, dia itu ciptaan ALLAH, ALLAH yg lebih berkuasa. Kalau nak ALLAH tolong kita, kita kenalah jadi hamba yang taatkan . Seperti yang ALLAH kata dalan surah yg selalu kita dengar kat mana2 ceramah. Apa tujuan kita diciptakan?

"Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU" - Surah Ar-Ra'd (56).

Jin dan manusia ALLAH cipta duk kat bumi ni untuk sama2 sama beribadah, menyembah dan mentaati ALLAH. Jin sedarlah diri sikit kamu tu ALLAH cipta jangan buat jahat dengan manusia, ganggu manusia ikut cakap syaitan. Manusia pun sama, sedar diri sikit, kamu tu takda kuasa, jin yang kamu bela, yang kamu takutpun tu ALLAH yang ciptakan. ALLAH yg lebih berkuasa.

Jangan ikut syaitan, dia musuh no 1 kita
Kita ni dah kena bodoh dengan syaitan. Syaitan tu kan kerja dia nak sesatkan manusia. Syaitan tu kan musuh utama kita. Dia nak kumpul kawan2 yang boleh temankan dia duk dalam neraka nanti. Yang kita ni sebaik-baik ciptaan ALLAH yg ALLAH dah lantik sebagai khalifah, pemimpin di muka bumi buat apa ikut cakap syaitan tu.. Kalau kita kena sakit sebab gangguan jin dan syaitan kenalah minta tolong dengan pencipta makhluk tu. Jadi maknanya kita ni kena minta tolong siapa? Kena minta tolonglah dengan ALLAH. ALLAH yg bagi sakit ALLAH juga yg bagi sembuh.. Orang kita ni kalau dah kena kerasukan terus terfikir cari bomoh untuk mengubat. Habislah kita kalau dah jumpa bomoh dia pun kelentong kita, dia minta macam2, minta ayamlah, minta kainlah, minta duit lah dan macam-macam ada yang minta emas, dah bagi dah beribu-ribu duit tak keluar-keluar jugak makhluk tu. Itu maknanya kita dah kena tipu.. Bukan saja kena tipu, dapat dosa mensyirikkan ALLAH. Baik taubat cepat-cepat. Lain kali kalau berubat cari orang-orang yang benar-benar di yakini ilmu dan kesolehannya.

So berhati-hati dalam berubat. Mintalah sungguh2 dengan ALLAH.. Ya ALLAH sembuhkan lah hamba, jauhkan hamba dari berubat dengan perawat2 yang tidak Engkau redhai. Dan berikan hamba kesabaran untuk melalui ujian ini dengan penuh sabar dan redho., InsyaALLAH kalau tak sembuh ALLAH akan beri pahala dan hapuskan dosa-dosa kita..


Pengalaman berubat minggu lepas..15hbmac 2011, selasa

Pukul 4 pagi saya pergi Darussyifa Bangi dengan kawan nak ambil no nak jumpa Tn. Guru. Ustaz Haron Din (Ini guru saya jadi sebagai tanda hormat dan keberkatan ilmu lebih elaok panggil Tn. Guru kan..). Setiap hari selasa Tn. Guru hanya ambil 200 org je untuk rawatan. Kitapun sampailah pagi tu nampak barisan tak panjang ni.. yakin dapat jumpa. Kawan sorang tu nak ubat mak dia. Dah lama sakit tapi tak tau sakit apa, asyik sakit fizikal, doktor kata takda penyakit. Syukur pada ALLAH saya ni tak pernah sakit fizikal tapi ala-ala sakit jiwa tu pernahlah itu tiga thn yang lepas.

Sambung cerita,. pukul 5 dapat no, alamak ramainyalah orang, macam tak dapat nombor je ni, orang yang lalu dapat 100 lebih yang kami ni masih pd barisan sama tak bergerak2. Depa ni baris kat mana? Baris kat dalam kot.. Memang betul terkaan saya hari tu dapat lebih 200 tak boleh jumpa Tn. Guru. Patutlah ramai sangat minggu ni minggu cuti sekolah rupa-rupanya, lagi ramai datang nak 2 kali ganda. Kesian kawan tak dapat jumpa, takpa lah kita jumpa perawat lain..

Sesi rawatan...
Hai pagi ni kenalah aku berubat kat luar, bukan main ramai. Saya pun cari lah ustaz yang biasa saya berubat. Nampak Ustaz Mazlan ada, lama tak berubat dengan dia. Maka bermulalah rawatan..

Saya: Ustaz, bulan lepas saya ada berubat 2 tempat. Ustaz pertama guna kaedah lembut. Jin kata dia ketua jin 150 ribu tahun. Ustaz kedua guna jin. Jin saya dah berlawan dengan jin itu.. saya tinggalkan orang itu, dan saya kata kita merawat jangan guna makhluk. Dan jin ini ustaz dah masuk Islam.
Ustaz: Jangan percaya apa jin cakap
Jin: Ustaz , itu orang sudah hantar jin dengan ini budak suruh bunuh ini budak.

Maka ustaz baca rukyah dan guna macam-macam teknik memukul. Jin bunyi macam-macam, rasanya saat tu yg kuat menjerit jin yg ada dgn saya. Kemudian jin kata, kami tidak akan menyerah kalah pada orang beriman.. diapun bunyi-bunyi lagi, gerun jugak orang dengar. Kemudian jin kata, ustaz terima kasih, dah keluar jinnya satu (ini jin yg di hantar oleh perawat yg guna jin yang saya tegur, agaknya dia tercabar dengan saya. tak pernah pesakit tegur dia macam tu).
J: Ustaz ini budak budak baik, saya sayang dia saya mau jaga dia. (maka jinpun dengan sedihnya menangis,) saya sayang dia..aku sudah 33 tahun dengan dia, kasihan ini budak. Saya sayang dia...dia menangis mendayu-dayu.
Apa nak buat jin dah terus terang dia dah sayang saya..dulu jadi musuh sekarang dah jadi kesian dgn saya. Hang kalau kesian kat aku kena tinggalkan aku la, buat apa nak duk lama2, takut orang nak beristerikan dan bermenantukan aku.. Tapi itukan semua ALLAH dh takdirkan yg penting redha.
J: Ustaz suruhlah dia kawin, kau carikan dia orang. kalau dia kawin aku keluar..
(apa nak buat jodoh tak sampai lagikan... semua dah ketakutan dgn jin, nak buat mcmana)
sesi rawatan tamat.. ustaz Mazlam minta jumpa dia khamis buat rawatan.

Gerunnya dengar suara tu..
Masa balik tu tengah tunggu kawan ambil kereta, sembang-sembanglah saya dgn kawan seorang ni. Siti ni macam saya dah lama berubat lebih lama dari saya, dia akan masuk bilik ICU kalau buat rawatan. Macam saya ni rawatan biasa saja walupun jinnya merepek macam-macam.

Siti: Tadi tu ada sorang tu gerun saya dengar, kuat betul menakutkan.
Saya: Ya ada juga sorang suara lelaki dalam bilik ICU saya dengar menjerit
Siti: Tak ini macam kat luar suara dia bukan kat bilik..
Saya: Apa kat luar? (saya pun terfikir2, siapa ya yang menjerit besar kat luar tadi, takda pula saya dengar, eh tadi saya sorang yang menjerit) saya lah yang menjerit tadi. Kuat ke?
Siti: Kuat jugak, takut saya dengar...

Jin bila dah sakit dia menjeritlah. Kita ni yang sakit akan jadi tumpuan orang, kena tebal muka. Semua rasa simpati tadi dengan saya. Terima kasih atas rasa simpati anda semua, doakan saya. nanti kita sambung cerita lagi ye..

(maaf gambar kat atas tu ambil kat internet, bukan gambar saya dirawat)