Selasa, 5 Julai 2011

Mengapa jin masuk badan manusia??

Sepanjang tiga bulan ni saya tak menulis apa2.. terlalu banyak cerita yang ingin di kongsi.. tapi takda masa dengan kesibukan kerja.

April lepas saya ke selatan Filipina ziarah saudara mara yang ada kat sana.. ALLAH izin, saya berpeluang untuk mendapat rawatan dari ustaz sana seorang ustaz yang Hafiz.. bersama rakan2nya.. Tiga siri dialog dan rawatan bersama mereka, bagaikan saya berada dialam iblis dan syaitan.. terlalu banyak yang diceritakan.. rahsiah2 syaitan dan iblis hingga tak tau nak mula yg mana dulu...sabar ya mendengar kisahnya.

Apa sebab jin masuk badan manusia?
Thuraya menjawab:
1. Menjadi khadam.
Mencari manusia yg boleh diwariskan semua ilmu2 sihir. Dalam kes saya, Thuraya nak jadikan saya pewaris ilmu sihir dia, dia sebagai khadam, saya jadi tukang sihir atau bomoh. Tatapi saya orang beriman dan taknak terima dia maka dia tak boleh bagi.
Jin khadam ini bukan membantu menjaga kita tapi yang akhirnya akan membawa kita syirik pada ALLAH. Mula2 saja dia akan tunjukkan yg baik, tolong taat beribadah tapi akhirnya akan sesatkan manusia. sebab itu misi utama mereka.

2. Tujuan sihir.
Kerjasama jin dan manusia untuk melakukan kejahatan kepada manusia.
Keadaan ini juga berlaku pada saya, dia nak sihir saya nak jadikan saya gila sebab di suruh orang tapi dengan bantuan ALLAH SWT dia tak boleh buat sebab seorang yang beriman, ikhlas dan baik. Kepada mangsa2 sihir untuk jadi kebal dari sihir kena jadi orang yang beriman, taat perintah ALLAH dan jadilah manusia yg IKHLAS. Ikhlas dgn ALLAH, ikhlas dgn manusia dan ikhlas dalam amalan. ALLAH SWT merakamkan dalam surah Sad: ayat 79-83, iblis tidak akan boleh menganggu org2 yg ikhlas.

3. Saka.
Jin belaan nenek moyang apajua tujuannya, masuk kepada anak cucu. jika tidak diterima dia kan menganggu. Diwarisi dari nenek moyang secara sukarela atau terpaksa. biasa ada barang yang diwariskan terutama barang lama: keris, tempayan, barang kemas, tepak sireh dsb. atau tangkal. musnahkan dengan cara membakar (jika boleh bakar) jika tidak rendam dalam air garam, limau dan cuka.
Orang salah anggap dgn saya, mereka kata jin yg ada dgn saya ni adalah saka.. masa tu jin ni tak bercakap apa lagi. Saya terfikir2 adakah arwah mak saya dulu bela jin. menjadikan saya bimbang . ALHAMDULILLAH.. berkat kesabaran berubat ALLAH tunjukkan segala2nya.

4. sebab jin suka pada orang yg dia ganggu.
mereka suka perempuan yg cantik dan seksi tidak jaga aurat. aurat yg terdedah berpuluh2 jin bergantungan menjilat dan menidurinya. penting kita menutup aurat dan baca doa2 harian amalan sunnah nabi. Thuraya kata, itu sebab ory lelaki aurat lelaki pusat ke lutut, jin takda tarikan nak pada mereka tapi kalau perempuan aurat muka dan tapak tangan sahaja, sebab segala apa yg terdedah pada perempuan ini syaitan amat suka. untuk menghindari tutup aurat seperti yg dikehendaki syariat dan amalkan sunnah dan adab nabi seperti tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya.

5. Saja2 menganggu
Kerja mereka memang nak ganggu orang. terutama waktu maghrib waktu mereka berkeliaran. Tangisan bayi malam2 bagaikan lagu hindustan bagi mereka. itulah sebabnya anak2 kecil terutama baby jangan bawa jalan masa maghrib dan malam. jika bawa bacalah ayat Kursi dan 3 QUL. kalau malam2 orang tua balik dari tempat yg jauh terutama waktu tengahmalam, sebelum masuk rumah baca BISMILLAH, ayat Qursi dan bagi salam. InsyaALLAH jin yg ikut dalam perjalanan tidak akan ikut masuk rumah.. InsyaALLAH.

Tambahan
-jin juga menganggu manusia apabila kita secara tidak sengaja melanggar, tersepak atau terambil barang mereka. contoh siram air panas dalam sinki, kencing dalam lubang, ambil batuan atau objek cantik di hutan. Maka hati2. sebelum buat apa2 baca TAAWUDZ dulu. mereka bersifat dendam, bila buat salah dgn mereka secara tidak sengaja nak juga membalas. Takda dalam logik akal dia yg kita manusiani takda keupayaan utntuk melihat mereka sebab ALLAh dh hijab pandangan kita. kalau kita nampak mereka gerenti kita akan berhati2 kalau blh taknak terserempak dgn makhluk ini kan..
kalau ada sesiapa terserempak hantu kat tengah jalan bagaimana nak lawan. takyah lari, dia bersifat boleh memanjang dia boleh kejar kita, karilah kemana boleh kejar lagi laju dari kita. baca saja ayat Al-Qur'an, insyaALLAH dia akan takut. Baca dgn penuh pengharapan pada ALLAH dan faham apa yg dibaca. Kalau baca tak betul, tak faham pula maknanya, silap haribulan jin.hantu/syaitan itu sendiri akan betulkan bacaan kita.. blh kecut perut dibuatnnya nanti..


SUBHANALLAH.. INILAH KEHEBATAN ALLAH.
Allah ciptakan makhluknya berbagai rupa, keupayaan dan kebolehan.. untuk menunjukkan akan kehebatan ALLAH dalam mentadbir, mengurus dan mencipta makhlukNYA..

setakat itu dapat dicatatkan setakat ni, insyaALLAH akan disambung bila ada kesempatan..

wallahu'alam